TERMA & SYARAT PERMOHONAN PERANTISISWA

  • 1. Pemberian satu (1) unit peranti untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
    3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pendidikan Malaysia;
    4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
    5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
    6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
  • 2. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  • 3. Peranti yang diberikan ini berdasarkan Kaedah Guna Pakai (KGP). Mahasiswa perlu menyerahkan semula peranti mengikut kaedah yang ditentukan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  • 4. Peranti wajib dipulangkan sekiranya mahasiswa tersebut:
    1. menamatkan pengajian;
    2. berhenti pengajian;
    3. dibuang pengajian;
    4. menyalahgunakan peranti sehingga mendatangkan kemudaratan dan menyalahi undang-undang negara; atau
    5. melanggari syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
  • 5. Penerima peranti perlu melaporkan sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
  • 6. Pentadbir Program atau pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan semula tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
  • 7. Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
  • 8. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau mengalami sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  • 9. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  • 10. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  • 11. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  • 12. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.


    • Kemaskini Pada:
      29 Julai 2022
      3.30 petang